Thursday, 26 April 2012
TRANSISTOR
Transistor dwikutub adalah antara komponen terpenting
dalam litar elektronik. Komponen ini telah direka pada tahun 1948 oleh
Schokley, Bardeen dan Brattain dari Amerika Syarikat. Kebanyakan transistor
dwikutub pada hari ini diperbuat daripada bahan separuh pengalir silikon dan
germanium. Fungsi utama transistor dwikutub ialah sebagai penguat.Transistor
mempunyai 3 kaki iaitu Base (dasar), Collector (pemungut) dan Emitter
(pengeluar/ pemancar).
Transistor |
JENIS, BINAAN DAN
SIMBOL TRANSISTOR DWIKUTUB
Transistor
dwikutub diperbuat daripada tiga lapisan bahan separuh pengalir dan mempunyai
dua simpang. Apabila bahan P diapit di antara dua lapisan bahan N, transistor
jenis ini dinamakan transistor NPN. Sebaliknya, apabila bahan N diapit di
antara dua lapisan bahan P, transistor ini dinamakan transistor PNP. Rujuk
Gambar Rajah 1 dan Gambar Rajah 2 untuk struktur binaan dan simbol transistor
PNP dan NPN.
Simbol transistor |
PINCANG TRANSISTOR
Pincang ialah nama
khusus bagi voltan arus terus (AT) yang dibekalkan di antara tapak ke pengeluar
dan tapak ke pemungut bagi membolehkan transistor itu berfungsi. Pincang
terbahagi kepada dua
kaedah iaitu pincang
hadapan dan pincang songsang.
Pincang transistor |
Untuk membolehkan transistor itu berfungsi kekutuban voltan
pincang mestilah betul. Gambar Rajah 3 menunjukkan kedudukan voltan pincang
bagi transistor PNP dan NPN. Simpang tapak ke pengeluar (VBE) dikenakan pincang
hadapan dan simpang tapak ke pemungut (VBC) dikenakan pincang songsang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment