Saturday, 5 May 2012
Thursday, 3 May 2012
PERINTANG
Perintang
merupakan komponen pasif yang mempunyai rintangan elektrik yang digunakan untuk
mengawal pengaliran. Perintang diperbuat dari filem karbon / filem logam /
lilitan wayar /seramik. Perintang berfungsi untuk menghadkan arus mengalir
melaluinya dimana arus yang melepasi perintang adalah berkadar sonsang dengan
nilai perintang. Pemilihan perintang dipilih mengikut kesesuaian penggunaannya dalam litar. Apabila memilih perintang, empat perkara perlu dititikberatkan iaitu:
- Nilai rintangan - Nilai rintangan dapat dibaca sama asa dengan menggunakan kod warna atau kod tercetak pada badan perintang
- Had terima - Had terima menunjukkan nilai minimum dan maksimum bagi perintang
- Kadar Kuasa - Saiz perintang menunjukkan kuasa maksimum yang boleh diterima oleh perintang
- Kestabilan - Perintang yang mempunyai kestabilan tinggi dapat mengekalkan rintangan dengan perubahan suhu dan jangka hayat
Perintang |
JENIS DAN SIMBOL
PERINTANG
Perintang
boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu perintang tetap dan perintang boleh ubah.
Perintang tetap mempunyai nilai rintangan yang telah ditetapkan oleh pengilang
sementara perintang boleh ubah direkabentuk supaya nilai rintangan boleh diubah
bergantung kepada penggunaannya dalam litar.
Perintang boleh laras |
Perintang tetap |
Subscribe to:
Posts (Atom)